Allahumma Solli' Ala Saiyyidina Muhammad. Terima kasih Allah atas peluang bertaubat yang telah diberikan pada hari ini. I love You :*
Manusia itu fitrahnya memang tak lari dari didatangi ujian. Ujian tu tak kiralah sama ada masalah besar mahupun kecil ye dak ?
People, ujian tu tanda Allah sayang dekat kita. Maksudnya Allah ingat lagi akan kita. Dia tanak biarkan kita tempuhi jalan yang berliku secara berseorangan. Tapi apa yang pasti, Allah tak pernah tinggalkan hambaNya, akan tetapi hambaNya yang sering melupakan Dia. Dapat je nikmat sikit mula lupa diri, mula tak kenal apa itu sejadah dan tak kenal apa itu Quran. Na'uzubillah minzalik.
But, takde ubat yang tiada penawarnya kecuali mati. Same goes to this matter, ada je jalan untuk kita still rasa cool even macam-macam ujian melanda. Salah satu caranya of course kembali pada Yang Mencipta. Kerana Dia yang mencipta kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Selain daripada itu *Oh My Malay*, Imam Hassan Al Basri pun pernah memberi pesan untuk meraih kunci ketenangan.
1) ''Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang''
Okay, maksudnya hang tau kan siapa Pemilik Rezeki ? Tidak lain tidak bukan Allah Azza Wajalla. Rezeki orang kan masing-masing betul tak ? So, apa kata hang buat rileks je dalam mencari kekayaan dunia. Lebihkan serta sibukkan diri untuk mencari kekayaan akhirat pulak ye.
2) ''Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya''
For example, mengeluarkan zakat itu wajib bagi setiap individu muslim yang mampu. Jadi, kalau kita tak keluarkan zakat, ade ke orang lain nak buatkan ? No people No ! In the end of the day, kita adalah pendosa cuz kita tak buat apa yang Allah suruh. Clear ? K baguss :)
3) ''Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa''
Hal ini ada sangkut-paut/kaitan/adik-beradik dengan nikmat ihsan. Ihsan tu bererti melakukan ibadat seolah-olah kamu melihat Allah dan Allah melihat kamu. Ce bayangkan korang buat sesuatu yang kurang elok depan boyfreng/girlfreng korang, tidakkah korang berasa malu ? Of course korang akan rasa malu-malu hamster sampai satu tahap tu nak sorak muka dalam almari, Eh ? Jadi, kalau korang sedar akan zat Allah yang Maha Melihat, of course korang akan jaga tingkah laku adab sopan amal ibadat ye dak ?
4) ''Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya''
MasyaAllah, mati itu pasti. Kullu nafsi dza iqatul maut. Setiap yang hidup itu akan mati. Mati itu adalah sesuatu yang sangat amat paling nian dekat dengan manusia. Malaikat maut tengok kita 70x sehari tau adik-adik. But at that time, kita still boleh gelak ketawe tepuk tampar lagi. Malaikat pun dok cakap, eh eh manusia ni, tak tau ka yang hang tu dah nak mati ? Boleh pulok hang gelak sakan na. So, that's why the wisest man on Earth is he who always remember death. Adalah saaaangat tak untuuung untuk mereka yang melupakan akan kematian walaupun sedetik lebih *cewaaah*
So, yeahhh. Bila hangpa semua didatangi masalah, watlekk watpeace okay. Coool je. Jangan nak gelabah sangat macam hang nak kena pilih sama ada nak bukak MukaBuku ke nak bukak AddMath okay ? So, be chill for all the time okay. In'naAllaha ma'ana :)
Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, mamadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur - Abu Darda'
notahati :Kun Fa Yakun, takdir Allah itu tiada seorang pun yang mampu menolak. Allah taka jadi, maka jadilah.



